Thursday, August 18, 2011

Mengapa Perlu Mendaftar Sebagai Ahli?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua.. sorry sangat2 yea sebab fyza terlalu busy untuk berbicara di alam maya ini. Bulan Ramadhan ni, terlalu padat rasanya dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan.. hehe...

Ok kawan2, di sini Fyza nak berkongsi dengan kawan2, apa kelebihan mendaftar sebagai ahliTupperware di bawah Tupperware Collections...

 1. Diskaun ke atas setiap barangan (kecuali nett item priced). Once anda mendaftar sahaja sebagai ahli, secara automatik anda akan menerima diskaun 20% di atas setiap barangan. Yuran Pendaftaran hanya RM60.00. Bagaimana untuk mengekalkan keahlian, fyza akan terangkan nanti.. :D. Dalam bulan pendaftaran, beli barangan bernilai RM150 retail (harga sebelum diskaun) dalam satu invois, dan Fyza akan berikan hadiah atau gift. So, tryla promote pada kawan2 di sekeliling kita untuk barangan tersebut. Tak semestinya kita beli untuk diri sendiri kan sampai RM150 one time.. Janji, anda yang mendaftar, anda yang akan terima hadiahnya...

2. Group Tupperware Collections juga sering mengadakan challenge buat SEMUA downlines, tak kira anda Consultant, Star Consultant, VIP Consultant, DIQ ataupun Director. Ok, nak tau apa tu? Fyza akan terangkan kemudian yea... So, siapa yang achieve challenge yang fyza buat, fyza akan keluarkan pocket money untuk berikan rewards buat kalian...

3. Katalog.. Untuk pengetahuan, fyza memang akan memberikan katalog secara PERCUMA setiap bulan kepada semua downlines yang mendaftar dengan fyza.. Selalunya fyza akan berikan seorang SATU copy.. Tapi, kalau anda ada membuat sales yang tinggi pada bulan sebelumnya, Fyza akan berikan lebih.. hehe.. Offer ini terhad kepada downlines yang AKTIF sahaja... Yang tak aktif, boleh juga emailkan pada Fyza.. Takut Fyza terlepas pandang aje..

Nak tau lagi? Jom join Tupperware Collections.. Emailkan butiran yang lengkap kepada tupperwarecollections@gmail.com. Maklumat yang diperlukan ada di link ini...

Ni dulu coretan Fyza di petang hari.. (sementara menanti en suami datang.. hehe)

So, kalau ada apa2, roger2 i okey..

Chill guys..
fyza

Wednesday, August 10, 2011

Smile.. :D


Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit kronik= Batang Buruk
Kuih kaki pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
Kuih bangun sendiri= Kuih bangkit
Kuih org x mandi= BAU-LU
Kuih paling tenteram= Kuih makmur
Kuih paling lembap= kuih siput
Kuih kena marah= Kueh teow

Thursday, August 4, 2011

Bisnes Tupperware ~ petikan artikel dari KOSMO

ABDUL MAJID SAMAD, 58, kelihatan agak sibuk menguruskan stok-stok Tupperware yang baru diambil dari pejabat stokis. Tiga kotak bersaiz besar itu dibuka dengan berhati-hati agar produk di dalamnya tidak rosak. Kemudian, satu persatu produk Tupperware disusun mengikut senarai tempahan pelanggan.

“Inilah rutin mingguan saya. Sentiasa sibuk dengan pengambilan dan penghantaran barangan Tupperware. Jadual kerja perlu sistematik dan efektif kerana saya tidak mahu pelanggan terpaksa menunggu lama stok barangan mereka.

“Apatah lagi tempahan stok semakin banyak pada bulan Ramadan dan menjelang hari raya,” tutur Abdul Majid mengenai bisnes Tupperware Brands yang diusahakan sejak tahun 2004 bersama isteri, Rohaya Abdul Rahman, 55.

Mengulas mengenai cintanya pada bisnes Tupperware yang dimonopoli oleh golongan wanita, anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan, itu memberitahu semuanya tersemai ketika dia berusia 22 tahun. Pada waktu itu, Abdul Majid hanyalah pengguna setia Tupperware dan sentiasa membeli produk berkenaan daripada kakak iparnya yang merupakan ahli tetap Tupperware Brands.

“Saya tak pernah terfikir untuk menjadi ahli Tupperware kerana sudah mempunyai pekerjaan tetap di salah sebuah syarikat perumahan dan pemaju. Lagipun membeli barang Tupperware untuk kegunaan peribadi bukan untuk berniaga.

“Namun semuanya berubah ketika mengunjungi pejabat stokis Tupperware Brands di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, untuk membeli botol minuman. Kebetulan pada waktu itu, saya telah bertemu ahli senior, Norlia Ismail, yang beria-ria mengajak saya menjadi ahli supaya menikmati potongan diskaun 30 peratus bagi setiap pembelian barangan Tupperware,” jelas Abdul Majid kepada Kosmo! ketika ditemui di Gombak baru-baru ini.

Peluang berniaga



Bertitik tolak daripada episod itulah Abdul Majid mula berjinak-jinak menjual Tupperware dalam kalangan teman-teman dan jiran. Pada hujung minggu dia mengambil kesempatan mengadakan parti Tupperware bagi mempromosi produk Tupperware kepada para pelanggan baharu.

Jelas Abdul Majid, dia tidak malu mengendalikan bisnes Tupperware meskipun perniagaan itu sinonim dengan golongan wanita. Lebih mengujakan, bisnes Tupperware mendapat kepercayaan dan sambutan daripada orang ramai kerana produknya yang berkualiti dan tahan lasak.

Dalam pada itu, Salleh Fadhil Abdullah, yang sudah 13 tahun berniaga Tupperware menyifatkannya sebuah peluang perniagaan yang berbaloi dan mendatangkan manfaat kepada orang ramai. Tupperware yang diperkenalkan sejak tahun 1946 oleh Earl Tupper di Florida, Amerikat Syarikat (AS) bukan saja menjanjikan peluang perniagaan yang cerah malah koleksi produk tersebut selamat digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

“Orang ramai cenderung membeli botol air dan bekas makanan plastik kerana harganya murah berbanding produk Tupperware yang berharga RM10 ke atas. Tetapi, tahukah anda bekas Tupperware lebih tahan lama kerana diperbuat daripada material tidak bertoksik dan tiada unsur karsinogenik? Lagipun produk Tupperware diiktiraf oleh Food & Drug Administration & Japan Polyolefin Hygienic Assocoation Standart (FDA).

“Penggunaan produk plastik boleh menjejaskan kesihatan terutamanya pada botol atau bekas makanan yang terdedah pada cuaca panas. Tindak balas haba itu akan menghasilkan bahan kimia tertentu yang memberi kesan buruk pada kesihatan,” jelas Salleh sambil menunjukkan botol air Eco Tupperware yang hadir dalam enam warna menarik.

Salleh yang membahagi masa antara karier sebagai akauntan dan bisnes Tupperware menjelaskan, produk terbaharu itu selamat digunakan meskipun ia terdedah pada cuaca panas atau sejuk. Selain koleksi botol Eco Tupperware, Salleh turut menyarankan orang ramai menggunakan set Tapau untuk membungkus makanan berbanding menggunakan polisterin.

Berhenti kerja



Sementara itu, Iffa Ismail, 28, yang baru enam tahun melibatkan diri dalam bisnes Tupperware bersyukur dengan rezeki yang dikecapi pada hari ini. Ibu kepada sepasang cahaya mata itu tidak menyangka keputusannya melepaskan jawatan sebagai pegawai bank di salah sebuah bank terkemuka telah membuka laluan rezeki yang lebih lumayan.

Sebelum ini, anak kelahiran Selangor itu kurang yakin pada bisnes Tupperware meskipun ibunya, Norlia Ismail, 52, merupakan salah seorang pengedar Tupperware.
“Pada mulanya saya enggan melibatkan diri dalam perniagaan ini kerana bimbang dengan risiko pasang dan surut berniaga. Sebab itu, saya mengambil keputusan bekerja apatah lagi setiap bulan saya memperoleh gaji tetap.

“Namun, semuanya berubah selepas melihat kejayaan ibu berjaya memperoleh komisen yang tinggi setiap bulan, hasil jualan Tupperware. Selepas berbincang dengan ibu dan mempelajari pelan perniagaan Tupperware, setiap hujung minggu saya ke pasar raya Giant Teluk Intan, Perak untuk membuka kios mini Tupperware dan mencari pelanggan baharu,” jelas Iffa yang kini mempunyai ahli Tupperware dari Perak dan Kuantan, Pahang.

Lebih membanggakan, pada fasa pertama jualan Tupperware, Iffa berjaya mencatat hasil jualan sebanyak RM6,000 dalam masa kurang tiga jam.
Sehubungan itu, bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan Tupperware dan memudahkannya berulang-alik antara Kuala Lumpur, Perak dan Pahang, maka dia mengambil keputusan berhenti kerja. Lebih meyakinkan Iffa apabila dia memperoleh pendapatannya menjual Tupperware yang mencecah sehingga RM4,000, sebulan.

Parti Tupperware
Tambah Iffa: “Rezeki tidak datang bergolek sebaliknya ia memerlukan daya usaha yang tinggi. Sebab itu, saya menyarankan kelompok ibu tunggal ataupun suri rumah berkecimpung dalam bisnes ini untuk mendapatkan pendapatan sampingan.



“Bagi mereka yang ingin memahami dengan lebih terperinci mengenai keistimewaan perniagaan Tupperware, bolehlah berjumpa dengan pengedar utama kami dan kami akan menerangkannya di parti Tupperware.
Berbicara mengenai parti Tupperware, Norlia Ismail, 52, memberitahu parti tersebut cukup sinonim dengan jenama Tupperware Brands di serata negara termasuklah di Malaysia.

Sejak pelan berkenaan diperkenalkan oleh Brownie Wise, jurujual wanita legenda dari Florida, Amerika Syarikat yang juga merangkap Timbalan Presiden Tupperware Brands sejak enam dekad lalu populariti produk tersebut semakin meningkat.

“Kewujudan parti Tupperware menambah kepelbagaian pada corak promosi produk ini. Secara tidak langsung pada acara tersebut, mereka yang menghadirinya bukan sekadar membelek katalog malah berpeluang melihat produk dengan lebih dekat dan memahami cara penggunaannya dengan betul.

“Lazimnya, seminggu sebelum parti berlangsung kami terlebih dahulu mengadakan perbincangan bersama tuan rumah atau penganjur parti Tupperware. Dalam diskusi itu, kami menyarankan pihak penganjur memilih set produk untuk dipromosi dan bersesuaian dengan sasaran para tetamu,” terang Norlia yang kini berada pada tahap Pengarah Eksekutif Tupperware ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Norlia yang ditemui di kediamannya di Taman Sri Gombak, Selangor yang pernah mengungguli Anugerah Wanita Inspira Tupperware Brands berkata, pemilihan set produk wajar dititikberatkan bagi mengelakkan tetamu tepu kerana menerima informasi produk yang terlalu banyak.

“Koleksi produk Tupperware terbahagi pada beberapa set. Selain set piza yang membolehkan individu menghasilkan piza dalam tempoh 20 minit dan menyimpan ramuan dalam bekas tertentu, Tupperware Brands turut menampilkan set yang ideal disusun dalam peti sejuk, kabinet dapur ataupun ketika menjalani aktiviti berkelah,” tutur Norlia sambil menguli tepung di dalam bekas Tupperware khas.

Dalam pada itu, jelas Norlia sekiranya pada parti Tupperware berkenaan jualan produk mencecah RM880 maka tuan rumah layak menerima hadiah istimewa daripada pihak Tupperware Brands.
PARTI Tupperware telah dipraktikkan selama enam dekad sebagai corak promosi barangan tersebut.

LAZIMNYA para pelanggan membuat tempahan Tupperware berdasarkan produk-produk yang dipamerkan dalam katalog.

ORANG ramai kini berpeluang membuat piza dalam tempoh kurang 20 minit dengan menggunakan set piza jenama Tupperware Brands.

Voucher coupon untuk new consultant... hanya dari Tupperware Brands!

Hai, hari ni fyza nak kongsi kelebihan mendaftar sebagai ahli dengan Tupperware Brands...

Apabila kita mendaftar sebagai ahli, secara automatik, kita akan mendapat Tupperware Kit Bag, yang mana di dalamnya mengandungi 3 pcs of Tupperware, dan voucher diskaun yang menarik. Voucher diskaun ini hanya boleh digunakan dalam masa 60 hari dari tarikh anda menyertai Tupperware...



Selain itu, sebaik mendaftar, anda akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk setiap barangan yang ditawarkan di dalam katalog. Yang menariknya, jika dalam katalog telah memberi diskaun, sebagai ahli, kita mendapat lagi diskaun ke atas barangan tersebut. Contohnya,

Untuk Ramadhan Set ini, harga retail adalah RM60.00. Katalog membuat promosi diskaun lebih 20% iaitu RM46.90. So, dengan menjadi ahli, harga yang perlu kita bayar hanya RM37.50. Jimat kan?

Jangan lengah, emailkan butiran anda ke tupperwarecollections@gmail.com untuk menjadi ahli HARI INI juga!!!

Salam ceria,
fyza

Tuesday, August 2, 2011

What do we want in LIFE?

  • I want EXTRA income...
  • I want MORE time with my family
  • I want a business I can grow with friends and make new ones.
  • I want to move upwards in life
  • I would love sone beautiful jewellery and exotic trips with 5-star luxury stays
  • And, I WANT TO BE APPRECIATED FOR WHAT I DO!!
You CAN get them!

Because you CAN make things happen, and it is not difficult when you have the path already paved for you through decades of proven success.

We're talking about a prefectly packaged plan from a solid company dealingin quality products people all over the world desire and trust for decades! It is a time-proven opportunity!

Scale new heights, while you enjoy a business you can grow and get your heart's desires in no time at all!!!

Join us now, all you have to do is register with me, email your details to tupperwarecollections@gmail.com now... and get free gift from me!!!

---PERSONAL DETAILS---
NAMA PEMOHON (seperti yang tertera pada Kad Pengenalan):
NO KP:
WARGANEGARA:
BANGSA:
TARIKH LAHIR:
PEKERJAAN:
ALAMAT SURAT-MENYURAT:
NEGERI:
POSKOD:
NO. HP:
NO TEL RUMAH:
NO TEL PEJABAT:
EMAIL:
---- SPOUSE'S DETAILS-----
NAMA SUAMI:
IC NO:
WARGANEGARA:
BANGSA:
TARIKH LAHIR:
PEKERJAAN: