Bagi yang mengikuti perkembangan blog ini, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa blog ini tidak di update beberapa bulan kebelakangan ini....
Untuk makluman semua yang masih belum mengetahui, ibu tersayang, Hjh Sahara binti Hj Mohd Sudi telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Januari 2015 yang lalu. Al-Fatihah...
Berikut adalah catatan peribadi untuk aku abadikan sebagai kenangan terakhir. Arwah mama adalah supporter no 1 aku dalam business Tupperware. Dia merupakan customer tetap ku setiap bulan. Dia akan buat apa sahaja untuk anaknya ni.. :)
11 NOVEMBER 2014 (SELASA)
~ Aku mendapat panggilan telefon dari Mama. Mama di hospital. Kebetulan aku cuti. Aku bergegas ke sana. Papa pada masa itu masih belum boleh berjalan. Papa ditinggalkan di dalam kereta di lobi hospital.
~ Mama berjumpa Doktor Hanisah (O&G). CT Scan dilakukan ke atas mama. Results keluar jam 4.30 petang. Doktor memberi kemungkinan either Tibi atau kanser. Ada radang di bahagian hati. Ada cecair di bahagian abdomen.
~ Doktor Hanisah forwardkan case mama ke Dr Yew Boon Siang (Gastroenterologist). Dr Yew mencadangkan agar mama admit tapi mama menolak kerana kesihatan papa tidak mengizinkan. Mama request untuk balik dan makan ubat.. tgk if sakit perutnya boleh berkurang.
~ Aku menghantar mama pulang ke rumahnya di Serkam...
14 NOVEMBER 2014 (JUMAAT)
~ Mama call pagi2. Informed me that perut dia sakit sangat tak boleh tidur. But I have a meeting to attend. Aku berjanji akan bawa mama ke hospital setelah meeting selesai.
~ Meeting selesai jam 12.45 pagi. Mama call berkali2. Tak tahan sakit katanya.. :(
~ I rushed back to kampong, brought her straight to Pantai Hospital.
~ Admitted under Dr Yew.
~ Dr Yew refer this case to Dr Zailani (General Surgeon) untuk laparoscopic.
~ Mama tidur di hospital dan aku pulang ke rumah untuk menguruskan anak2 dan papa yang masih berkerusi roda.
15 NOVEMBER 2014 (SABTU)
10.30 am: Mama ditolak ke dalam OT.
3.03pm: Ditolak keluar dari OT... masih belum sedar.
Blood test menunjukkan cancer marker reading mama sangat tinggi. 7k++. Aku terdiam dan menangis. Tapi doctor masih belum boleh mengesahkan apa2. Perlu tunggu ujian makmal.
10.00malam: Mama sedar sekejap aje dan sambung tidur semula. Aku pun bersiap2 untuk tidur di atas kerusi malas. Suddenly dikejutkan oleh Nurse dan Dr Zailani. Dr Zailani membuat isyarat untuk aku keluar....
Satu perkhabaran yang amat menggetarkan jantung dan seluruh tubuhku. Dr memaklumkan melalui prosedur laparoscopic, ada kemungkinan ia adalah kanser. Dr telah menyedut keluar cecair yang memenuhi ruang di dalam abdomen. Sel2 kanser menyerang lapisan Peritoneum. Aku menggigil dan menangis. Ya Allah, kenapa aku perlu mendengar berita ini tatkala aku keseorangan.... Aku terus menelefon suami dan abang.. Aku merenung wajah mama yang sedang tidur dengan lena. Aku menangis sepuas-puasnya.
16 NOVEMBER 2014 (AHAD)
4.00 pagi: Mama terjaga dari lena yang panjang. Bawa dia ke bilik air. Nampak dia lebih segar setelah rehat yang panjang.
Aku masih belum mampu untuk berterus terang dengan mama. Aku masih mengharapkan ada "keajaiban" di sebalik kata2 doctor. Aku terus berdoa supaya diagnosis doctor itu silap....
Aku ke pejabat. Berjumpa dengan Pengarah. Aku menangis sepuas2nya.. Aku mohon untuk bercuti. Tapi aku tak mampu fikir cuti apa atau apa2 sekalipun. Aku buntu.. Alhamdulillah En Isa sangat memahami dan mengizinkan.
Aku kembali ke hospital. Melayan mama dengan penuh kasih sayang.
Mama nampak sihat. Nak makan.. and dia makan agak banyak dari selalu. Aku sangat bersyukur dengan perubahan tersebut.
7.30 petang: Mama sakit perut dan sesak nafas. ECG dilakukan. Keadaan cukup panic. Aku hilang pertimbangan. YA Allah.. selamatkanlah mamaku..
Dr Zailani menunjukkan video yang diambil. He's confident that sel2 kanser telah menyerang peritoneum mama.. And it's a lot.. :(
18 NOVEMBER 2014 (SELASA)
Petang: Doktor mengesahkan mama diserang Primary Peritoneal Carcinoma stage 4.
"Peritoneal cancer is a rare cancer. It develops in a thin layer of tissue that lines the abdomen. It also covers the uterus, bladder, and rectum. Made of epithelial cells, this structure is called the peritoneum. It produces a fluid that helps organs move smoothly inside the abdomen.
Peritoneal cancer is not the same as intestinal or stomach cancer. Nor is it to be confused with cancers that spread (metastasize) to the peritoneum. Peritoneal cancer starts in the peritoneum, and hence is called primary peritoneal cancer."
Mama memang seorang yang kuat dan tabah. Tapi aku dapat lihat sesungguhnya dia sangat down apabila mendapat perkhabaran ini.
Abang aku terus buat keputusan untuk mengambil maid untuk membantu urusan memandangkan papa masih berkerusi roda. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan olehNya. Malam itu juga kami dapat maid.
19 NOVEMBER (RABU)
Kami di bawa berjumpa Doktor Daniel (Oncologist)... Treatment chemo akan dilakukan. Ada 2 pilihan sama ada buat weekly atau 3 minggu sekali. Atas factor umur, kami bersetuju untuk buat weekly chemotherapy.
Family dari Singapore sampai (Nenek, Busu Abu, Busu Roha, Long Boy dan Long Girl).
Aku ke SRA JAIM untuk meraikan kejayaan Nur Qistina Aishah.
Berjumpa dengan Doktor Zailani untuk membincangkan tentang chemo port.
20 NOVEMBER 2014 (KHAMIS)
Mama dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah.
21 NOVEMBER 2014 (JUMAAT)
Ke hospital semula untuk pasang chemo port. It's a simple procedure but mama took more than 2 hours sebab uratnya halus. Saluran darah mama pecah.. YA Allah, dugaan dan ujian ini terlalu berat buat kami ya Allah... :(
But Alhamdulillah, after few hours, mama looked better. Tidak perlu admit.
Sampai rumah around 6ptg.
Pukul 7ptg, mama sakit lagi. Sakit sangat sampai sesak nafas. Keadaan panic dan huru hara. Aku menangis sambil menghantar kalimah.
Pukul 8-9mlm, keadaan kembali reda... Syukur kami pada Mu ya Allah...
24 NOVEMBER 2014 (ISNIN)
1st chemo session for mama... Jaja janji ma, akan sentiasa berada di sisi mama...
26 NOVEMBER 2014 (RABU)
Pagi, family Singapore balik ke Singapura.
Then abang Ajip pun balik ke KL...
There is psychologically effect when everybody leaves her.. dia nampak lemah... kurang semangat..
1 DISEMBER 2014 (ISNIN)
2nd chemo session.
Cancer marker reading makin meningkat. Aku tidak tunjukkan laporan ujian darah pada mama. Aku bersikap seperti biasa... Dalam hati hanya ALLAH swt yang tahu
4 DISEMBER 2014 (KHAMIS)
Keadaan mama lemah berbanding semalam. Mula kebas2 di kaki dan peha.. :(
5 DISEMBER 2014 (JUMAAT)
Berubat dengan Darul Syifa.
Amalkan Manzil selepas Solat Subuh dan Maghrib.
8 DISEMBER 2014 (ISNIN)
3rd chemo session
10 DISEMBER 2014 (RABU)
Abang Ajip berangkat ke Korea atas urusan kerja.
Kesan ubat chemo dah kelihatan.. Rambut mama gugur sewaktu aku memandikannya..
12 DISEMBER 2014 (JUMAAT)
Keadaan mama not so good. Takde selera makan langsung. Semua pahit katanya. Perut tak sakit tapi badan tak selesa katanya. Mama juga tidak melayan visitor2 yang datang menziarahinya...
15 DISEMBER 2014 (ISNIN)
4th chemo session
18 DISEMBER 2014 (KHAMIS)
Selera mama makin menurun. Semua benda ditolaknya. :(
Seharian tidur... hanya bangun untuk solat, buang air besar. dan tidur semula.. :(
22 DISEMBER 2014 (ISNIN)
Sepatutnya chemo ke 5... tapi kerana Mama berak2 since hari Jumaat, keadaan mama sangat lemah. Dr Daniel terpaksa tahan mama di wad.
Dr Daniel tak happy dengan progress mama. He said obviously macam bad news since he has given the best drug for PPC.
Ada 2 possibilities:
1. It's not PPC, so we are treating the wrong thing.
2. Cancer mama is too aggresive.
the cancer marker reading shoots up lagi! ya Allah.. kuatkanlah semangatku ya Allah...
Keadaan perut mama semakin besar. Doktor mencadangkan untuk undergo CT Scan pada hari Rabu.
24 DISEMBER 2014 (RABU)
2.30 am: mama tiba2 short breathing. bagi oxygen untuk bantu pernafasan. Muntah 2-3 x.
4.30 am: buang air besar
Cancer marker reading mencecah 78k++
9.00 am: mama di bawa untuk CT Scan.
5.00 pm: Doktor Lee datang dan mengeluarkan cecair from abdomen mama. Lebih kurang 7L air yang dikeluarkan.
----- tak sempat buat catatan sehingga mama discaj pada Sabtu kerana i was at the hospital sepanjang masa dan tak bawa lappy...
27 DISEMBER 2014 (SABTU)
Mama dibenarkan pulang. TAPI keadaan mama lemah. Dia tak boleh berdiri sendiri. Mula menggunakan diapers...
31 DISEMBER 2014 (RABU)
5th chemo session. kali ni doktor tukar jenis ubat kepada dos yang lebih rendah sebab badan mama tak boleh tolerate dengan ubat chemo.
Mama minum jus mangga yang dibeli di Hospital.
3 JANUARI 2015 (SABTU)
Mama muntah2 non stop. Hitam pekat.. ya Allah ya Tuhanku.. hanya kepadaMu aku berserah segala-galanya.. Aku bermohon ko permudahkanlah segala urusan kami.
5 JANUARI 2015 (ISNIN)
Pagi- mama nampak lebih ceria dan bersemangat. Dah lebih seminggu mama tak mampu ke bilik air untuk mandi dsb. Tapi pagi ni mama request nak mandi di bilik air. Aku dengan gembiranya bersetuju untuk membawa mama ke bilik air.
Aku memapah mama perlahan2. Separuh perjalanan ke bilik air aku rasa badan mama semakin berat. Aku menjerit memanggil bibik. Sebaik bibik sampai, mama pengsan!!!!
Nasib baik bibik ada, kami berdua memeluk mama sekuat hati. Aku menahan badan mama agar tidak jatuh ke lantai. Aku menjerit minta Eirdina dan Aishah menelefon suamiku...
Aku terus menjerit kalimah "Lailahaillah" sekuat2nya di telinga mama. Seketika kemudian mama seakan tersedar namun tiada daya untuk berdiri. Suamiku memecut balik dari pejabat.
Suamiku membantu memapah mama naik ke atas katil. Keadaan 20minit yang cukup panik. Mama memang tiada daya untuk berdiri.... Dia seolah2 tidak perasan apa yang berlaku sebentar tadi. Bila dia sedar, dia bertanya, "Mama dah siap mandi?". Ya Allah.. aku terkedu.
Maghrib - mama mula berak2. Tanpa henti.
6 JANUARI 2015 (SELASA)
6.30 pagi: aku menelefon ambulans. Sepanjang malam mama tidak tidur. Asyik buang air dan muntah. Mama di bawa ke hospital semula. Aku menemani mama di dalam ambulans.
Mama masih muntah2 dan berak2. Aku terus bertekad untuk tidak meninggalkan mama.
7 JANUARI 2015 (RABU)
Keadaan mama semakin lemah dan tidak stabil. Hatiku semakin takut untuk menghadapi realiti. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui segala2nya. Aku redha dan pasrah. Semoga ada keajaiban menanti kami. Doa tak putus kutitipkan buat mama.... Setiaku menanti di sisi mama.
8 JANUARI 2015 (KHAMIS)
Kaum keluarga mula membanjiri hospital. Bergilir2 membacakan Yaasin, semoga Allah permudahkan apa jua urusan..
9 JANUARI 2015 (JUMAAT)
11.00 malam: Dugaan apa yang Allah berikan padaku. Setelah hampir seminggu tidurku tanpa jadual, malam itu aku sakit pinggang yang amat sangat. Aku menelan panadol dan terlena di atas lantai. Tidak mahu tidur di atas sofa kerana aku hanya mahu meluruskan pinggang yang sakit.
10 JANUARI 2015 (SABTU)
Jam 1 pagi masih ada tetamu yang datang ke hospital. Aku masih terlena akibat kesakitan dan kepenatan.
Hanya abang yang menemani mama sambil membaca Yasin. Tiba2 abang memanggilku. Cukup besar dugaan apabila aku tidak langsung menyedari panggilan itu. Tatkala aku tersedar, sekumpulan nurse sedang mengelilingi mama. Aku panik. Menggigil seluruh tubuh badan. Apa yang sedang berlaku.? Panik yang amat sangat sehingga perutku sakit dan senak.
Mama menyahut panggilan penciptaNya lebih kurang jam 1.40 pagi. Mama pergi di dalam tidurnya.
Aku tergamam. tiada kata yang mampu kututurkan. Hanya air mata jatuh bercucuran dengan laju sekali. Menatap wajah bonda yang tersayang. Sesungguhnya semua ini hanya pinjaman.. hatta nyawa kita sendiri sebenarnya hanyalah pinjaman dari Allah swt. Suatu waktu nanti kita pasti akan kembali semula kepada Allah, hanya detik waktunya kita tak tahu.
Semua urusan kami pada ketika itu dipermudahkan oleh Allah swt. Aku menemani mama ke hospital dengan menaiki ambulans, dan pada hari ini, aku menemani jenazah mama menaiki kereta jenazah untuk pulang ke rumahku.
Apa pun, aku puas dengan peluang yang Allah swt berikan. Terima kasih mama kerana telah menjadi insan yang hebat dalam hidup Jaja. Jaja sayangkan mama.. Terima kasih atas nasihat yang tak pernah putus mama berikan. Jaja rindukan bebelan dan celoteh mama. Jaja rindukan kasih sayang yang mama curahkan pada Jaja. Jaja akan sentiasa merindui mu mama.. Tenanglah mama di sana. Berehatlah...