Showing posts with label article. Show all posts
Showing posts with label article. Show all posts

Saturday, June 21, 2014

Back to basics, Let it Go~

Tell me, what’s the reason you start up something? What’s your main objective? What’s your nawaitu? The purpose I’m asking this is because, there will be in life, where you’ll be facing tough choices, and you’ll tend to deviate from your path, from your real reason. And you’ll come up with reasons justifying your current act. Forcing others to accept your point of view and saying that it’s your divine right while leveraging your core beliefs.
It’s like travelling through a desert. Your reason joining the caravan is to get to the other part of the desert safely. Along the way, the thirst and fatigue will constantly pull you out from the caravan, giving reasons that I’ve travelled quite far today, I’ll have a little bit more rest because I earn it.

Though you tried to stay true to your purpose, the reality is, you are actually leveraging your actual motive, which is to get to the other side of the desert, safely and as quickly as possible. Since advices and signals given by those who are dear to you, though harsh it may seems, are not taken sincerely, and you blame them for not understanding you, beware that it might be the last truthful counsel, for the member of the caravan might want some fun along the way, and they’ll sugar coated the hard cold truth that they only want you till your benefits run dry, your loved ones might ignore you for forsaking their feelings just because you earn the right to have some fun for yourself. Leave and let it be. Remember, in life, communication and feeling may change from peace to war, from love to hate, from jedi to sith.

In order to get something, you need to let go of something, be very careful what you let go, for the result of temporary fun may lead to permanent damage….

Monday, February 3, 2014

[Personal notes: Petua Menjaga Kulit Muka]

Apabila kita semakin berumur, beberapa perubahan pada boleh dilihat termasuklah tekstur dan keanjalan kulit mula menurun. Kulit juga lebih kasar dan penghasilan kolagen juga turut berkurangan. Selain faktor usia, aktiviti dan pencemaran juga turut mempengaruhi berlakunya proses penuaan lebih cepat. Tekanan atau stres ditambah pula dengan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan kulit mulai kusam, kering dan sebagainya. Untuk memelihara kulit wajah, anda perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah.

Rawatan pagi dan malam

Kulit wajah yang bersih mampu menyerap nutrisi lebih maksima. Cuci bersih wajah dengan menggunakan air suam. Pastikan anda memilih pencuci muka yang  sesuai dengan kulit wajah. Bagi anda yang memakai solekan, pastikan anda mencuci bersih wajah. Untuk menanggalkan sisa-sisa solekan dan kotoran dengan  baik, apa kata gunakan berus wajah yang lembut. Urutan halus dari berus wajah ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah pada wajah. Setelah itu, lap dengan tuala bersih. Pastikan tuala wajah di tukar secara berkala untuk mengelakkan bakteria. Akhir sekali, semburkan penyegar atau toner untuk mendapatkan hasil yang lebih maksima sebelum menyapu serum dan juga pelembap.

Setelah mencuci wajah dengan pembersih, pakai serum sebelum menyapu pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Kemudian barulah disapu krim pelindung cahaya matahari. Begitu juga dengan malam hari. Gunakan krim malam dan juga krim mata.Kandungan yang terdapat di dalam mata membantu memperbaiki dan melindungi kulit sekitar terutama bagi yang sensitif dan cenderung untuk berlakunya garis-garis halus. Bagi anda yang berusia 30-an, gunakan krim yang mengandungi anti kedutan terutama di bahagian hujung mata, dahi dan bahagian tepi bibir. Membersihkan wajah tidak sekadar mencuci wajah dan menyapu pelembap. Sebaliknya, ia perlu di tambah dengan rawatan ekstra untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Antaranya termasuklah bertemu dengan pakar atau doktor kulit sekiranya wajah anda mengalami sebarang masalah.

Produk anti penuaan

Penggunaan produk anti penuaan perlulah dimulakan sejak awal, sekurang-kurangnya apabila usia sudah memasuki awal 20-an. Selain penggunaan produk pencuci muka, pelembap dan juga krim pelindung cahaya matahari, susuli rawatan kulit wajah dengan penggunaan produk seperti serum, krim malam dan krim mata.
Sebaiknya, pilih produk rawatan anti penuaan yang sesuai untuk usia anda. Ini kerana, bahan yang terdapat di dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan. Dalam masa yang sama, jangan abaikan pola makan yang sihat selain mempraktikkan gaya hidup yang sihat.

Rutin senaman
Bagi mendapatkan tubuh yang segar dan bertenaga selain menjaga bentuk badan, lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30-60 minit. Selain itu, ia juga baik untuk jantung. Bagi anda yang tiada masa untuk bersenam, apa kata cuba gerakan ringan dan mudah dilakukan. Ketika bangun pagi, berjalanlah mengelilingi rumah sekurang-kurangnya 15 minit. Ini membolehkan tubuh terasa lebih segar. Setelah itu, disusuli dengan senaman ringan atau tambahkan senaman lantai yang ringan dan ringkas. Ketika di pejabat rehatlah seketika sekurang-kurangnya 5-10 minit ketika sibuk bekerja. Bangun dari tempat duduk dan hirup udara segar. Regangkan badan dan atur pernafasan sambil memejamkan mata untuk seketika. Ini membolehkan wajah terasa lebih segar dan tubuh lebih relaks.

Tekanan kerja dan persekitaran menyebabkan terasa stres sekali gus membuatkan otot-otot wajah menjadi tegang dan ini mudah menimbulkan kedutan terutama di bahagian dahi selain membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Justeru, elakkan dari terlalu stres dan berfikiran positif. Ini akan membantu mendapatkan wajah lebih segar dan awet muda berbanding mereka yang banyak berfikir. Lakukan senaman wajah dengan mengunyah makanan lebih lama dan perlahan-lahan. Gerakan otot ini bagus untuk menjaga metabolisme tubuh dan juga baik untuk penghadaman. Ini kerana mengunyah lebih lama akan membantu usus mencerna makanan lebih cepat dan tubuh akan terasa lebih kenyang berbanding jika anda makan secara terburu-buru. 

Rehat yang berkualiti
Jaga kualiti tidur anda untuk membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam badan. Justeru, tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari. Jangan biarkan otak tidur di dalam keadaan stres. Pastikan anda tidur tanpa gangguan dari bunyi telefon, buku dan televisyen. Jangan jadikan tempat tidur anda ruang untuk membuat kerja.

Bilik tidur harus lah zon yang selesa dan jika mahu menempatkan televisyen di dalam bilik, pastikan anda tidak membukanya kerana ia boleh menyebabkan anda tidak jadi tidur. Nyalakan lampu malap atau gunakan cahaya dari luar sudah memadai kerana tidur di dalam keadaan gelap akan membantu tubuh menghasilkan hormon yang baik untuk pertahanan tubuh sekali gus menjaga sel tubuh dari rosak. Hindari minum terlalu banyak air sebelum tidur kerana ia akan menyebabkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas sekali gus mengganggu masa tidur anda. 

Khasiat air putih

Jangan sesekali meninggalkan pengambilan air putih dalam rutin harian anda. Ini kerana, air putih yang mengandungi hidrogen, oksigen dan mineral mampu membantu melancarkan peredaran darah, membuang kotoran dan toksin di dalam tubuh sekali gus dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Selain itu, kekurangan air menyebabkan kulit mudah kering dan ini menyebabkan kulit anda tampak lebih kusam dan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan kulit yang terpelihara kelembapannya.

Pengambilan vitamin

Kandungan vitamin yang terdapat di dalam sayur-sayuran misalnya dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh untuk awet muda. Justeru, pastikan anda memasukkan sekali buah dan sayur sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Contohnya, pilih buah yang kaya dengan serat dan vitamin A, C dan E untuk mendapatkan kulit yang sihat dan awet muda. Manakala Vitamin C yang terdapat di dalam jambu batu, strawberi mahupun brokoli dikatakan dapat membantu untuk antioksida. 

Masker wajah

Selain penggunaan produk kecantikan, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi sebagai benteng dalam memelihara kulit wajah. Antaranya penggunaan telur putih yang dicampurkan dengan limau nipis dan diadun sebati. Penggunaan putih telur dapat membantu mengencangkan kulit selain membantu mengecilkan liang-liang roma. Kandungan protein di dalam telur juga boleh membantu melembapkan kulit serta mempercepatkan proses regenerasi. Manakala limau nipis pula kaya dengan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksida untuk membantu melawan penuaan. Sebaiknya, lakukan masker ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil yang lebih maksima.

nota: 
this is a note for myself.. for my own reading. diambil dari: http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/cantik-di-mata-cantik-di-hati/petua-kekal-muda-jagalah-kulit-wajah-1.126476

Friday, December 13, 2013

One Touch - saiz & ukuran


1) 1105 8315One Touch Topper
Junior (2)
 600ml
13.0cm (D) x 8.0cm (H)

2) 1105 8408One Touch Topper
Small (1)
 950ml
15.0cm (D) x 9.0cm (H)

3) 1105 8478One Touch Topper
Medium (1)
 1.4L
17.0cm (D) x 9.2cm (H)

4) 1105 8319One Touch Topper
Large (1)
 2.1L
19.3cm (D) x 10.6cm (H)


1) 1105 8297One Touch Canister
Junior (1)
 1.3L
13.0cm (D) x 15.5cm (H)

2) 1105 8390One Touch Canister
Small (1)
 2L
15.0cm (D) x 17.3cm (H)

3) 1105 8323One Touch Canister
Medium (1)
 3L
17.0cm (D) x 19.2cm (H)

4) 1105 8318One Touch Canister
Large (1)
 3.8L
19.3cm (D) x 21.2cm (H)

5) 1105 8480One Touch Giant Canister (1) 8.6L
25.7cm (D) x 27.4cm (H)


Sunday, April 21, 2013

Doa Pembuka Apa Yang Tertutup


Bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...


-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” (Riwayat Bukhari)

Tuesday, September 25, 2012

NEW TUPPERWARE BUSINESS PLAN - JUNE 2012

CONSULTANT RANKS
The retail profit offered to Consultant Ranks has moved up from 20% to 25%.

STAR CONSULTANT & VIP CONSULTANT RANKS
This has been removed and will be replaced by Senior Consultant Rank.
  • Star & VIP Consultant will now be re-titled to SENIOR CONSULTANT RANK.
  • Consultant ranks up to Senior Consultants when they sign up 2 or more Qualified Recruits. 

OVER-RIDING COMMISSIONS ON 3 GENERATION RECRUITS
  • For Senior Consultant & DIQ --> 3% for ALL Gen 1, 2 & 3 
  • For Directors to Presidential Director --> 4% for ALL GEN 1, 2 & 3

5% BONUS ON CONSUMABLE SALES
ALL ranks can now earn an additional 5% Bonus on personal sales of products in the Consumable line. This would be products sold under the brand name of:
  • Nature Care, Nutrimetics and Tupperclean
  • Personal sales for this items can be a combination and should reach a combine total retail value of RM300 or more per month.

***********

MAINTENANCE QUALIFICATION

  1. All Consultant Ranks and Director Ranks have to maintain RM500 personal sales over 6 consecutive months from Joined Date to be classified as ACTIVE.
  2. Failure to maintain RM500 in personal sales will cause the status to be changed from ACTIVE to INACTIVE Status at the end of 6 months. INACTIVE status will be held for two months. To re-activate to ACTIVE status, the INACTIVE consultant or Director should place in a minimum of RM200 in a single order during these 2 months.
  3. Failure to re-activate, the status will be changed to DROP. A DROP Consultant or director can rejoin by signing up as a consultant under the same or different line, after a lapse of 3 months.

*****

NEW CONSULTANTS AND INSPIRA SUBSCRIPTION
  1. New recruits from 1 June 2012, will receive THREE (3) issues of INSPIRA. They can renew their INSPIRA subscription.
  2. INSPIRA subscription is NO LONGER a valid option to renew ACTIVE Status!

Sunday, September 23, 2012

Realize your dreams with us!

Thousands of women have found life changing opportunities with Tupperware Brands Business. By journeying with us, many of our consultants have been able to earn extra income, pay off their homes, take amazing family vacations, start their own business (be your own boss, hehe), and unearth self-confidence they never knew they had.

When you join us, you will have access to products, plans, strategies and resources to help you thrive in this business. With the support of our team of experienced consultants, you will find your path to success in no time. Enjoy a SOLID company dealing in WORLD-RENOWNED and TRUSTED QUALITY PRODUCTS people all over the world desire and trust.

Join us and discover unlimited earning potential. With our tried-and-proven 'take-you-by-the-hand' approach, you can be earning as much as RM10,000 in 6 months!

Additionally, you can look forward to:
Retail profits, overriding commissions, director team bonus, leadership bonus and annual growth bonus.


Recognition and rewards.
  • All expenses paid trips abroad.
  • Living the luxurious lifestyle you desire.


With Tupperware Brands, you can truly have it all!!!

All you need is an investment of RM70.00 for a Tupperware Brands Starter Kit. 

The return can exceed your wildest dream.

kalau nak tau lebih lanjut, email saje ke tupperwarecollections@gmail.com, atau sms to: 016-342 4141. 

salam sayang!!

Tuesday, September 11, 2012

~*~*Eating right with Colors*~*~

Did you know?
Each different color fruit and vegetable contains unique health components that are essential to our health. The colors of fruits and vegetables are a small clue as to what vitamins and nutrients are included.


Red
Contain nutrients such as lycopene, ellagic acid, Quercetin, and Hesperidin, to name a few. These nutrients reduce the risk of prostate cancer, lower blood pressure, reduce tumor growth and LDL cholesterol levels, scavenge harmful free-radicals, and support join tissue in arthritis cases.

Green
Green vegetables contain chlorophyll, fiber, lutein, zeaxanthin, calcium, folate, vitamin C, calcium, and Beta-carotene. The nutrients found in these vegetables reduce cancer risks, lower blood pressure and LDL cholesterol levels, normalize digestion time, support retinal health and vision, fight harmful free-radicals, and boost immune system activity.


Blue and Purple
Contain nutrients which include lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin C, fiber, flavonoids, ellagic acid, and quercetin. Similar to the previous nutrients, these nutrients support retinal health, lower LDL cholesterol, boost immune system activity, support healthy digestion, improve calcium and other mineral absorption, fight inflammation, reduce tumor growth, act as an anticarcinogens in the digestive tract, and limit the activity of cancer cells.


White
Contain nutrients such as beta-glucans, EGCG, SDG, and lignans that provide powerful immune boosting activity. These nutrients also activate natural killer B and T cells, reduce the risk of colon, breast, and prostate cancers, and balance hormone levels, reducing the risk of hormone-related cancers. 



Monday, September 10, 2012

Gift from my upline... :)

Syukur Alhamdulillah... berkat kerja keras dari bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos aritu, saya berjaya rank up dari 1SD kepada 3SD dalam tempoh 2-3 bulan.. Bila kita rank up bersama downlines, saat itu adalah saat yang paling manis.. Pulun sakan kami bekerja keras pada bulan Ramadhan yang lalu.. 

Selain daripada komisyen yang diterima, yang paling best ada pengiktirafan.. And semua ini adalah hadiah yang diberikan kepada EXECUTIVE DIRECTOR team saya kepada saya.. :)

Apa pun saya bersyukur.. sebab tak sangka akan dapat macam2 aritu... syukur..

yang penting, kita kena ikhlas....:)

okla, nak sambung buat keje.. entry ni ditaip jam 6 pagi.. hehe...    so, selamat pagi kawan2.. :D 

p/s: kalau ada yang nak tau camane nak berjaya, jangan malu bertanya taw.. kita akan share sampai korang berjaya jugakkkk

Friday, June 29, 2012

Cemana Cara Nak Check Biznet?


salam ceria...

untuk pengetahuan semua, Tupperware Brands bukan sahaja menyediakan pelan perniagaan yang berkesan, malah menyediakan kita sebuah sistem yang boleh digunakan oleh semua konsultan bagi menyemak status perniagaan, serta menyusun empayar masing-masing agar menjadi sebuah pasukan yang hebat. 

caranya, pertama sekali ofkos la kita kena daftar sebagai ahli kan.. :)
kalau belum daftar, email aje ke tupperwarecollections@gmail.com. saya akan bantu untuk daftar.. hanya perlu salinan IC, dan bayaran sebanyak rm70 sahaja, anda kini sah bergelar sebagai ahli. 

lepas je daftar, kita akan dpat no ahli, xxxxxx. so, boleh gunakan tu untuk login ke biznet dah.. hehe...


2) Untuk 1st time login, user name dan password kena masukkan consultant id korang ye.. :). then sistem akan minta untuk tukar password. 

3) tadaaaa.. siap.. dah boleh guna dah.. TAPI, komisyen hanya boleh dapat bila korang dapat recruit 2 orang ahli bawah korang ye... (apa syarat2nya, nnt sy akan terangkan detail bila korang jadi ahli).

so, kalau berminat nak jadi ahli, please email kepada saya! tupperwarecollections@gmail.com. 

ikhlas dari;
ahkak tupperware

Thursday, June 21, 2012

apa itu "ConSuLtaNt"?

"Consultant(s)" should be taken to include such persons that were duly authorized and appointed by Tupperware Brands as Consultant, Senior Consultant, Director-In-Qualification (DIQ), Director, 1 Star Director, 3 Star Director, 5 Star Director, Senior Executive Director and Presidential Director unless otherwise specified...

Wednesday, October 12, 2011

TUPPERCHEF ~ Life is Simpler with FAST & EASY cooking set... :)


1. TupperChef Fryer with Glass Cover (1) 24cm features the classic ARTECH Flat Base for even heat distribution. Food is cooked to even perfection without burnt spots. Cook with confidence.

2. Turbo Chopper (1) with easy pull mechanism needs no electricity to power its triple blade to chop fast and good your herbs, fruit, garlic, onions, ginger, vegentable and nuts to desired fineness. Every 15 seconds pulling equates with 288 chops!

3.  TupperChef Stainless Steel & Copper Cleaner (1) - just a little brings back the shine to your cookware.

4. Serving Spoon (1) - withstands high temperature up to 220C and is great for serving cold dishes off table as well.

5. Serving Spatula (1) - with rounded and bevelled edges for easy flipping and turning in temperatures up to 220C!

FREE!
6. Multipurpose Shears (1) is super scissors-magnetised flathead screw-wire cutter-nut cracker/ jar opener-bottle-cap opener-fruit peeler-fish scaler in one! Purpose-built for food preparation. Worth RM96.00!!

7. Product booklet (1) that not only shows you how to use and care for the essentials but also features 7 fabulous fast and easy recipes you can cook with them!

8. Gift Box ~ makes it a perfect gift for your loved ones... :D


Why wait? Dapatkan KESEMUA barangan ini pada harga RM500 sahaja!!!

Untuk yang belum mendaftar sebagai ahli, anda hanya perlu membayar RM460 (beserta yuran keahlian!!!). Apa tunggu lagi, grab yours now.. Grab on to the opportunity to have it all. Email me for details dear..

xoxo,
fyza

Tuesday, October 11, 2011

Live The Good Life with Simply Good Living Solutions!

Hai guys!

watch how life turns with this simply good living solutions!

  • simpler ~ take food preparations, for example. It doesn't have to involve hours of slaving in the kitchen. Just a few smart basics can take the chore out and put the joy back in for preparation that's fast, clean and easy!

  • more organised ~ cluttered refrigerators are a thing of the past. Imagine how more efficient your fridge would be if you can see what you store, stack them tidily and access them easily.

  • eco-friendly ~ instead of living in a rat-race rut, free yourself and bring your family out for some fresh air! Eat out healthily and inexpensively. Pack your food and drinks in hygienic and safe containers made by people who believe eco is the way to go.

  • healthier! ~ the very foundation of happiness lies with good health. A family that stick to simple basic good health habits that are already integrated to meet daily requirements glow with health effortlessly.

Monday, September 5, 2011

Save, Stack N Store.. every home needs these ultimate savers!

Every home needs Modular Mates!!! It has variety of sizes, to keep dry foods stay fresh and longer!!!

Thursday, August 4, 2011

Bisnes Tupperware ~ petikan artikel dari KOSMO

ABDUL MAJID SAMAD, 58, kelihatan agak sibuk menguruskan stok-stok Tupperware yang baru diambil dari pejabat stokis. Tiga kotak bersaiz besar itu dibuka dengan berhati-hati agar produk di dalamnya tidak rosak. Kemudian, satu persatu produk Tupperware disusun mengikut senarai tempahan pelanggan.

“Inilah rutin mingguan saya. Sentiasa sibuk dengan pengambilan dan penghantaran barangan Tupperware. Jadual kerja perlu sistematik dan efektif kerana saya tidak mahu pelanggan terpaksa menunggu lama stok barangan mereka.

“Apatah lagi tempahan stok semakin banyak pada bulan Ramadan dan menjelang hari raya,” tutur Abdul Majid mengenai bisnes Tupperware Brands yang diusahakan sejak tahun 2004 bersama isteri, Rohaya Abdul Rahman, 55.

Mengulas mengenai cintanya pada bisnes Tupperware yang dimonopoli oleh golongan wanita, anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan, itu memberitahu semuanya tersemai ketika dia berusia 22 tahun. Pada waktu itu, Abdul Majid hanyalah pengguna setia Tupperware dan sentiasa membeli produk berkenaan daripada kakak iparnya yang merupakan ahli tetap Tupperware Brands.

“Saya tak pernah terfikir untuk menjadi ahli Tupperware kerana sudah mempunyai pekerjaan tetap di salah sebuah syarikat perumahan dan pemaju. Lagipun membeli barang Tupperware untuk kegunaan peribadi bukan untuk berniaga.

“Namun semuanya berubah ketika mengunjungi pejabat stokis Tupperware Brands di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, untuk membeli botol minuman. Kebetulan pada waktu itu, saya telah bertemu ahli senior, Norlia Ismail, yang beria-ria mengajak saya menjadi ahli supaya menikmati potongan diskaun 30 peratus bagi setiap pembelian barangan Tupperware,” jelas Abdul Majid kepada Kosmo! ketika ditemui di Gombak baru-baru ini.

Peluang berniaga



Bertitik tolak daripada episod itulah Abdul Majid mula berjinak-jinak menjual Tupperware dalam kalangan teman-teman dan jiran. Pada hujung minggu dia mengambil kesempatan mengadakan parti Tupperware bagi mempromosi produk Tupperware kepada para pelanggan baharu.

Jelas Abdul Majid, dia tidak malu mengendalikan bisnes Tupperware meskipun perniagaan itu sinonim dengan golongan wanita. Lebih mengujakan, bisnes Tupperware mendapat kepercayaan dan sambutan daripada orang ramai kerana produknya yang berkualiti dan tahan lasak.

Dalam pada itu, Salleh Fadhil Abdullah, yang sudah 13 tahun berniaga Tupperware menyifatkannya sebuah peluang perniagaan yang berbaloi dan mendatangkan manfaat kepada orang ramai. Tupperware yang diperkenalkan sejak tahun 1946 oleh Earl Tupper di Florida, Amerikat Syarikat (AS) bukan saja menjanjikan peluang perniagaan yang cerah malah koleksi produk tersebut selamat digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

“Orang ramai cenderung membeli botol air dan bekas makanan plastik kerana harganya murah berbanding produk Tupperware yang berharga RM10 ke atas. Tetapi, tahukah anda bekas Tupperware lebih tahan lama kerana diperbuat daripada material tidak bertoksik dan tiada unsur karsinogenik? Lagipun produk Tupperware diiktiraf oleh Food & Drug Administration & Japan Polyolefin Hygienic Assocoation Standart (FDA).

“Penggunaan produk plastik boleh menjejaskan kesihatan terutamanya pada botol atau bekas makanan yang terdedah pada cuaca panas. Tindak balas haba itu akan menghasilkan bahan kimia tertentu yang memberi kesan buruk pada kesihatan,” jelas Salleh sambil menunjukkan botol air Eco Tupperware yang hadir dalam enam warna menarik.

Salleh yang membahagi masa antara karier sebagai akauntan dan bisnes Tupperware menjelaskan, produk terbaharu itu selamat digunakan meskipun ia terdedah pada cuaca panas atau sejuk. Selain koleksi botol Eco Tupperware, Salleh turut menyarankan orang ramai menggunakan set Tapau untuk membungkus makanan berbanding menggunakan polisterin.

Berhenti kerja



Sementara itu, Iffa Ismail, 28, yang baru enam tahun melibatkan diri dalam bisnes Tupperware bersyukur dengan rezeki yang dikecapi pada hari ini. Ibu kepada sepasang cahaya mata itu tidak menyangka keputusannya melepaskan jawatan sebagai pegawai bank di salah sebuah bank terkemuka telah membuka laluan rezeki yang lebih lumayan.

Sebelum ini, anak kelahiran Selangor itu kurang yakin pada bisnes Tupperware meskipun ibunya, Norlia Ismail, 52, merupakan salah seorang pengedar Tupperware.
“Pada mulanya saya enggan melibatkan diri dalam perniagaan ini kerana bimbang dengan risiko pasang dan surut berniaga. Sebab itu, saya mengambil keputusan bekerja apatah lagi setiap bulan saya memperoleh gaji tetap.

“Namun, semuanya berubah selepas melihat kejayaan ibu berjaya memperoleh komisen yang tinggi setiap bulan, hasil jualan Tupperware. Selepas berbincang dengan ibu dan mempelajari pelan perniagaan Tupperware, setiap hujung minggu saya ke pasar raya Giant Teluk Intan, Perak untuk membuka kios mini Tupperware dan mencari pelanggan baharu,” jelas Iffa yang kini mempunyai ahli Tupperware dari Perak dan Kuantan, Pahang.

Lebih membanggakan, pada fasa pertama jualan Tupperware, Iffa berjaya mencatat hasil jualan sebanyak RM6,000 dalam masa kurang tiga jam.
Sehubungan itu, bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan Tupperware dan memudahkannya berulang-alik antara Kuala Lumpur, Perak dan Pahang, maka dia mengambil keputusan berhenti kerja. Lebih meyakinkan Iffa apabila dia memperoleh pendapatannya menjual Tupperware yang mencecah sehingga RM4,000, sebulan.

Parti Tupperware
Tambah Iffa: “Rezeki tidak datang bergolek sebaliknya ia memerlukan daya usaha yang tinggi. Sebab itu, saya menyarankan kelompok ibu tunggal ataupun suri rumah berkecimpung dalam bisnes ini untuk mendapatkan pendapatan sampingan.



“Bagi mereka yang ingin memahami dengan lebih terperinci mengenai keistimewaan perniagaan Tupperware, bolehlah berjumpa dengan pengedar utama kami dan kami akan menerangkannya di parti Tupperware.
Berbicara mengenai parti Tupperware, Norlia Ismail, 52, memberitahu parti tersebut cukup sinonim dengan jenama Tupperware Brands di serata negara termasuklah di Malaysia.

Sejak pelan berkenaan diperkenalkan oleh Brownie Wise, jurujual wanita legenda dari Florida, Amerika Syarikat yang juga merangkap Timbalan Presiden Tupperware Brands sejak enam dekad lalu populariti produk tersebut semakin meningkat.

“Kewujudan parti Tupperware menambah kepelbagaian pada corak promosi produk ini. Secara tidak langsung pada acara tersebut, mereka yang menghadirinya bukan sekadar membelek katalog malah berpeluang melihat produk dengan lebih dekat dan memahami cara penggunaannya dengan betul.

“Lazimnya, seminggu sebelum parti berlangsung kami terlebih dahulu mengadakan perbincangan bersama tuan rumah atau penganjur parti Tupperware. Dalam diskusi itu, kami menyarankan pihak penganjur memilih set produk untuk dipromosi dan bersesuaian dengan sasaran para tetamu,” terang Norlia yang kini berada pada tahap Pengarah Eksekutif Tupperware ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Norlia yang ditemui di kediamannya di Taman Sri Gombak, Selangor yang pernah mengungguli Anugerah Wanita Inspira Tupperware Brands berkata, pemilihan set produk wajar dititikberatkan bagi mengelakkan tetamu tepu kerana menerima informasi produk yang terlalu banyak.

“Koleksi produk Tupperware terbahagi pada beberapa set. Selain set piza yang membolehkan individu menghasilkan piza dalam tempoh 20 minit dan menyimpan ramuan dalam bekas tertentu, Tupperware Brands turut menampilkan set yang ideal disusun dalam peti sejuk, kabinet dapur ataupun ketika menjalani aktiviti berkelah,” tutur Norlia sambil menguli tepung di dalam bekas Tupperware khas.

Dalam pada itu, jelas Norlia sekiranya pada parti Tupperware berkenaan jualan produk mencecah RM880 maka tuan rumah layak menerima hadiah istimewa daripada pihak Tupperware Brands.
PARTI Tupperware telah dipraktikkan selama enam dekad sebagai corak promosi barangan tersebut.

LAZIMNYA para pelanggan membuat tempahan Tupperware berdasarkan produk-produk yang dipamerkan dalam katalog.

ORANG ramai kini berpeluang membuat piza dalam tempoh kurang 20 minit dengan menggunakan set piza jenama Tupperware Brands.